resepi rendang daging

on Tuesday, December 6, 2011

 http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ5AZCC7bwfIWUYZDP10IpW14wJI6tnkic_Y4xyLy37v8S0NUSL3rMOquZ_uA

 

Bahan-bahanresepi rendang daging

  • 1 kg daging- potong halus
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambil santannya
  • garam
  • gula
  • sedikit air asam jawa 
bahan kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering

Cara-caramemasak rendang daging

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
Tag : , ,

resepi tomyam putih

on Sunday, December 4, 2011

e http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT4-zaM-bxW3oV8tHTsXLtRnVVHYKYoSTu698Tq20kBDlJLIpWTkQ

Bahan-bahan tomyam putih
  • Daun limau purut setangkai
  • Lengkuas dua potong
  • Stok ayam atau kiub ayam (4 kiub)
  • Serai sebtg dua (diketuk)
  • Limau Nipis 6-8 biji (diperah)
  • Cili Padi 10biji (ditumbuk)
  • Air (2-3 mangkuk)
  • garam secubit
  • Daun Sup
  • Ayam beberapa ketul (boleh tambah sotong, udang fish ball)
  • Susu segar satu sudu besar

Cara-cara

  1. Mula2 rebus air bersama lengkuas yang telah diketuk/ditumbuk guna lesung batu. Masukkan ayam . Rebus hingga mendidih. Masukkan garam 
  2. Selepas itu, masukkan kiub ayam.
  3. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tunggu air merebus. Sambil tu, tumbuk2 cili padi , dan siap2 perahkan air limau nipis Daun sup pun potong2 kecil (1cm )
  4. Next, masukkan air perahan limau nipis, cili padi, tunggu mendidih kemudian masukkan susu segar(guna santan pun boleh)
  5. Siap! hidang guna daun sup.
Tag : , ,
 
© aneka resepi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO